Ahad, 11 Ogos 2013

Harapan dan Cita - Citaku ~





Assalamualaikum. Hari ni aku nak ceritakan apa cita - cita aku bila besar nanti. Ok. Sebelum ni aku ada terfikir kerja apa yang best. Kerja apa yg boleh dpt gaji bnyk, hehe (parah aku ni). Dan yg peliknya aku tak fikir pon pasal kemahiran! What annoying is me -_-


Nak diikutkan kemahiran yg aku ada, Kemahiran yg aku ada ialah melukis. Aku ikut gen keluarga bapak aku. hehe. Family keluarga bapak aku kreatif dan aku pun dilahirkan mengikut seperti bapak aku. Hehe. That's the point.


Dan sekarang ini aku dah nekad. Dgn kemahiran yg aku ada ni aku nak jadi seorang ARKITEK :-)




Even aku amek 7 subjek je, subjek teras dan subjek catering, Form 5 nanti aku nak amik seni. Dan InShaaAllah aku akan sambung dulu ke Form 6. Sebab aku bknlah bdk yg pandai nak terus masuk Universiti dgn subjek apelah yg aku amik sgt. Dan aku berharap sangat Ya Allah semoga aku dapat keputusan yg cemerlang nanti dlm SPM. "Berharap sangat Ya Allah. Makbulkanlah doa hambamu ini. Amin ~"

Aku minat sangat melukis. Lagi lagi kalau nak melukis bangunan ni. hehe. In Shaa Allah, I'll will try to do my best. And kalau boleh nak sgt jadi arkitek. Lukis-lukis ni. Aku tahu pekerjaan yg aku pilih ni ssh bgi aku. Tapi kalau kita berusaha mungkin ada rezeki :-) In Shaa Allah.

Perkara yang paling penting sekarang ni ialah aku perlukan sikap yang RAJIN dan yang paling penting penting sekali ialah FOCUS DALAM PELAJARAN. Berakhir cerita di sini. Salam :)

Jumaat, 9 Ogos 2013

Hati Sendiri Dusta


Hi.

Bercakap tentang cita - cita, setiap kali aku jumpa orang, aku mesti tanya apa cita - cita diorang. Cita - cita aku? Cita - cita aku banyak. Doktor, Akauntan, Pelukis, Doktor gigi dan Chef. Hahaaa, tpi tu dulu. 

Berkisah kan tentang sekarang. Umur manusia semakin lama semakin meningkat. Fikiran terlalu kusut, bercelaru dan sebagainya lah. Nak tahu kenapa? Semua nya disebabkan masa hadapan, CITA-CITA ! Lagi-lagi pelajar macam aku ni. Amik catering je. 

Amik catering je? Benda tu bukan menjadi masalah. Semua orang boleh jadi apa yang mereka suka. Tapi, kene tanam niat dan azam laa utk belajar. Kalau belajar pandai pandai boleh masuk U. Lepas masuk U boleh la bekerja dan sara hidup sendiri! Kan?!!



Tapi aku, memilih sangat aihh nak kerja apa -_- Kalau belajar setakat 1A je pun tak guna -_- SO, MOTIF DI SINI ialah , janganlah jadi macam aku ni, terlalu memikir sgt tentang kerjaya masa hadapan. Belajar dahulu. Bila kau dah dpt banyak banyak A ke, baru cerita pasal cita-cita okay! Jangan taksub macam aku ni hah. Paraghhh sangatt --' Takut sangat kalau SPM tak lulus nanti. Uhuk Uhuk. TU je lah aku nak sampaikan. okbai. Salam



Started New Life !


Assalamualaikum . Seperti yang dimaklumkan oleh Allah tentang kehidupan manusia, setiap manusia perlukan perubahan dalam hidup mereka! Perlukan sesuatu yang baharu dalam hidup seseorang untuk menjadikan hidup semakin maju! Ai say men. Hahaaa. Bukan apa aku berkata sedemikian. Ni nak bercerita laaa ni.

Okay! Semenjak aku terpengaruh dengan cerita Kisah Kaisara, ok bkn cerita yg mengarut, aku terpengaruh pulak dengan cerita Dunia Lola, ehehehe. Aku rasa cerita tu memberi impak yg boleh membuat aku bersemangat la. Ye laa cerita berkisarkan dunia remaja kan bercampur adukkan dgn pelajaran dan cerita pasal kawan pulak tu. Cerita dia best sgt sehingga aku pun nak terikut-ikut pulak. Tpi, takdelaa sampai macam tu. Bak kata orang " Jadi diri sendiri " Bkn ikut org lain or sorf of or whatever. Dalam cerita ni aku tgk masing-masing tak layan facebook, twitter and etc. Hanya menumpukan pada pelajaran! Dan semestinya pelajar mcm aku ni mestilah nak mencontohi mereka! HAHA, karut Farisha -_-



Okay cerita tadi tu xde kene mengena sangat dgn tajuk diatas. Hanya point sahaja, hehe. Memandangkan aku hendak S.P.M tahun depan iaitu 2014, aku dah deacctived Facebook, Uninstall WhatsApp (Tapi mama aku masih perlukan), Uninstall instagram, keek & etc. Hanya ada weChat dan Twitter shj. utk berhubung. Aku dah nekad, aku dah nekad, aku dah nekad shagat shagat, tpi tak sepenuh hati lahh, haih tau laa aku ni pemalas. Aku tak nak malukan bafak aku lagi! Dari UPSR dan PMR lgi, BM aku je A. Watepak! Tapi alhamdulillah laa setakat sampai PMR tu xde D. yeay! Semua ABC je, ais batu campur! x)

Begitulah cerita semangat aku berkaitan dengan TAJUK di atas :) Tahun depan je derr! Tak de main-main nye der! Okay, chaiyok semua orang! Nak bgi semangat dekat pelajar MPV je. Haha, Pelajar MPV boleh buat punya kan :) Okay Bai , Salam .